Anda datang dari tiktok Hilmi Saari dan pelajari sesuatu? Kami telah menubuhkan Bangsa Lumba untuk lebih ramai dapat pelajari tentang sukan bermotor sebenar dan perlumbaan sukan bermotor sebenar.
Bukan semua bernasib baik dan mempunyai kewangan untuk mendapatkan pengalaman sebenar sukan bermotor. Anda mampu membantu mereka mendapatkan pengalaman sebenar dengan menyumbang.
Sumbangan anda akan digunakan untuk membeli peralatan latihan sukan bermotor seperti motor latihan, racing suit, helmet, dan menyewa ruang common room dalam pit perlumbaan sewaktu perlumbaan berlansung dan mungkin anda boleh turut serta bersama kami dalam perlumbaan di litar sepang.
Sumbangan anda juga akan membantu kami menyediakan video lebih informatif dan lebih lengkap untuk anda semua. Bersama berkongsi rezeki dengan kami supaya kami boleh berkongsi ilmu dengan yang lain secara percuma!
Derma seikhlas hati anda! Jika anda memerlukan resit sila emailkan bukti transfer kepada kami di bangsalumba@gmail.com

Antara aktiviti kami akan adakan dengan sumbangan:
- Pengalaman menunggang motor di litar sebenar
- Kelas pemanduan go kart
- Pengalaman taxi ride di litar sepang dengan jentera lumba sebenar
- Pengalaman memandu jentera lumba sebenar di litar sepang
- Perlumbaan time attack bersama ahli
- Meet and Greet dengan pasukan perlumbaan
- Lawatan semasa perlumbaan di litar sepang
- Kursus keselamatan jentera lumba
- Kursus keselamatan perlumbaan
- Video penerangan jentera perlumbaan, pemanduan, tunggangan dan penurusan pasukan perlumbaan