
Bangsa Lumba tercetus apabila pengasas, Hilmi Saari memulakan Tiktok beliau dengan memuat naik video berkenaan perlumbaan SuperGT tahun 2025.
Beliau menerangkan beberapa proses perlumbaan, mendokumentasikan pekerjaan krew perlumbaan, tayar perlumbaan, jenis enjin, peraturan perlumbaan, peraturan kategori perlumbaan dan proses perlumbaan.
Dengan tontonan yang tinggi, beliau meneruskan video berkenaan perlumbaan one make race GR86, MSF racing, Thailand Super Series, Asia Road Racing, Michelin 12hours Endurance, Kcar Global 24hours Endurance, Sepang 1000km Endurance, proses latihan jentera lumba, kelengkapan jentera lumba, proses scrutineering jentera dan kelengkapan lumba, keselamatan perlumbaan, dan penganjuran trackday dan car parade.
Oleh kerana banyak video mendapat tontonan puluh ribu, ratus ribu dan jutaan tontonan. Ramai penonton meminta agar pengasas, Hilmi Saari, memberi panduan untuk peminat sukan bermotor dapat peluang dan bimbingan ke trackday, acara perlumbaan di litar, ilmu asas teknikal, marshal perlumbaan, scrutineering technical safety jentera lumba.
Maka pengasas, Hilmi Saari memulakan program dipanggil Bangsa Lumba yang bermaksud sebuah etnik yang mempunyai budaya berlumba, mengikuti setiap disiplin litar, perlumbaan.
Tujuan Bangsa Lumba, adalah untuk mewujudkan SOP perlumbaan, dari pengarah pasukan, krew pasukan, pelumba, penganjur perlumbaan dan trackday, marshal, media, scrutineering dan penonton.
Hilmi mengimpikan lebih ramai peminat perlumbaan sukan bermotor mempunyai lebih ilmu, bukan sekadar menonton tanpa ilmu. Ini akan menarik lebih lagi minat dan kesetiaan mereka pada perlumbaan sukan bermotor.
Setakat ini Bangsa Lumba mempunyai lebih 400 orang ahli berdaftar sejak diasaskan 17 Januari 2026 dan mensasarkan 3000 ahli di akhir 2026.
Setiap ahli akan diberi pengetahuan berbeza dari minat masing-masing. Ada antara mereka minat dalam menjadi pelumba, ada yang minat menjadi krew, mekanik, ada yang berminat menjadi media, photographer, journalis, videographer, ada berminat menjadi Fans, atau penyokong, Bangsa Lumba menyediakan program yang sesuai untuk mereka.
Dengan adanya penglibatan pasukan dan peminat yang penuh ilmu, akan menarik lebih ramai peminat dan menarik lebih banyak penaja untuk perlumbaan sukan bermotor.
Didikan pasukan dan peminat untuk menghargai penaja sangat penting untuk mengembangkan lagi sukan bermotor tanah air.

Klik imej untuk ke tiktok Hilmi Saari