
Pintu Gerbang Anda Untuk Ke Dunia Perlumbaan! Bersedia Untuk Menjadi Wanita Dalam Sukan Permotoran
Pernahkah anda berhasrat untuk merasa pengalaman sukan permotoran, tetapi tidak tahu di mana mahu bermula? Racing for Woman ialah program khas yang direka untuk wanita yang ingin memulakan perjalanan dalam dunia sukan permotoran yang sebenar dan meningkatkan kemahiran memandu, dan mencungkil bakat lumba dalam diri anda.
Sama ada anda tidak pernah memegang stereng atau ingin memantapkan teknik pemanduan, inilah peluang anda untuk menduduki kerusi pemandu.

๐ Diterajui oleh Faye Kusairi
Belajar secara terus daripada pelumba dan selebriti terkenal, Faye Kusairi! Faye bersama pasukan mentor berpengalaman kami akan membimbing anda di setiap langkahโmemberikan tunjuk ajar secara langsung, tip pemanduan, dan keyakinan untuk anda menakluki litar.

๐ Bagaimana Program Ini Berfungsi?
- Langkah 1: Program suai kenal
Sertai hari litar mesra pemula kami. Kami akan mengajar anda kawalan asas pemanduan, etika litar, memperkenalkan anda dengan rakan-rakan lain yang mempunyai minat yang sama dengan anda dalam suasana yang santai dan penuh sokongan. - Langkah 2: Jadikan aktiviti ini hobi anda!
Dah kenal antara satu sama lain? Kita akan berkumpul setiap bulan atau selang 2 minggu untuk melakukan aktiviti pemanduan bersama. Turut terbukan pada penyokong walaupun anda tak berminat memandu, anda boleh membantu sebagai penyokong dan memeriahkan aktiviti ini. Kami perlukan penglibatan tenaga anda! Siapa lagi yang patut support ladies kalau bukan ladies?! - Langkah 3: Pasukan Lumba Wanita!
Kita akan wujudkan pasukan lumba di kalangan wanita! Ya, kite akan membentuk pasukan lumba di kalangan wanita dan menghantar wakil untuk berlumba di pertandingan go kart! Sebuah pasukan lengkap yang dilatih, bukan hanya pelumba tetapi setiap krew lengkap akan diberi tunjuk ajar dan menyertai pertandingan perlumbaan Sprint dan Endurance! - Langkah 4: Kemuncak Impian
Kita akan memilih beberapa pelumba untuk mencuba memandu jentera perlumbaan sebenar di litar sepang! Anda mungkin berpeluang bersama pasukan anda untuk berada di dalam pasukan lumba sebenar wanita! Dengan memandu jentera lumba sebenar dan mungkin menubuhkan pasukan lumba wanita!

๐ฅ Kenapa Perlu Sertai Kami?
- 100% Mesra Pemula: Terbuka kepada semua wanita yang baru pertama kali mencuba atau tiada pengalaman lumba.
- Bimbingan Profesional: Jurulatih litar sebenar daripada Faye Kusairi dan tenaga pengajar sukan permotoran berpengalaman.
- Komuniti Wanita yang Menyokong: Berlumba bersama komuniti wanita yang mempunyai minat yang sama terhadap kelajuan dan cabaran.
- Laluan Kerjaya Sukan Permotoran Sebenar: Dari peringkat akar umbi (go-kart) hinggalah ke perlumbaan litar berskala besar.
๐๏ธ Bersedia untuk Mengubah hidup anda?
Para Ladies! Bersedia untuk ubah hidup anda, dapatkan rakan baru dan capai impian anda! Anda boleh mula dengan Klik link di bawah, Isi detail dan kemudian join group wasap Bangsa Lumba!
SEBELUM ANDA KLIK LINK WASAP GROUP, SILA ISI BORANG DI BAWAH:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfgTTK7QWrH6oSVtlI6yH_RagCmQgo04Ck-qIVgfz8IkdynMQ/viewform?usp=dialog
Dalam group ni kami akan warwarkan sebarang event berkaitan racing for woman!
Sertai Bangsa Lumba Group Info!
tak dapat buka link? wasap username @hilmisaari dan mintak dimasukkan dalam group
Anda boleh turut serta dalam group Go-kart untuk Bangsa Lumba di link:
https://chat.whatsapp.com/L9JNAnBnFWS6Z3MRV5laUx