Fundurance series round 2

Detail:
Lokasi: HORIZON BERANGAN CIRCUIT
Tarikh: 13 JUN 2026
Masa: 5pm-11.00pm
Konsep Endurance for Fun! Event Endurance ni bukan untuk bersaing tetapi lebih kepada konsep Team Building atau Family Karting.
Setiap Team terdiri dari 3 hingga 6 orang pelumba akan memandu go kart 270cc selama 2 jam .
LINK PEMBELIAN TSHIRT 2FUN2ENDURE:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdV1awE8stk2inTR8ng0PI7OKrIOiXPawLlq_cZm5KSHy6cxg/viewform?usp=dialog
Link pendaftaran:
3 driver per team (RM290/driver. Seorang driver akan memandu 40minit total)
PENYERTAAN PENUH!
4 driver per team (RM220/driver. Seorang driver akan memandu 30minit total)
PENYERTAAN PENUH!
6 driver per team (RM160/driver. Seorang driver akan memandu 20 minit total)
PENEYRTAAN PENUH!
Setiap Penyertaan akan diberi:
1. Balaclava
2. Lanyard
3. Pass Driver
4. Trofi (selepas perlumbaan)
setiap penyertaan akan membawa pulang trofi selepas habis perlumbaan
Tshirt adalah optional. boleh dibeli semasa membuat pembayaran.
Tshirt round neck short sleeve – RM35
Tshirt collar short sleeve – RM38
Tshirt lengan panjang round neck – RM38
Pemilihan Pemenang:
Setiap orang akan memenangi trofi, trofi adalah tajaan penuh Revsuit. Kami akan meletakkan kategori mengikut catatan masa/lap team anda. Trofi untuk kedudukan pertama, kedua dan ketiga. Jadi anda tetap akan bawa balik trofi juara, naib juara dan tempat ketiga tidak kira berapa catatan masa anda.
Jadual:
5.00pm pendaftaran dan ambil kit perlumbaan
6.45pm fitting
7.00pm sesi kelayakan
7.20pm rehat/ solat magrib(krew HBC alihkan go kart ke starting)
7.50pm start grid procedure + bergambar
8.10pm perlumbaan bermula
10.10pm perlumbaan tamat
10.15pm bergambar beramai-ramai di starting grid
10.30pm penyampaian hadiah
11.00pm Bersurai
Kategori Dipertandingkan:
Trofi + Hadiah:
Hadiah daripada penaja:
TOTAL : 18 kategori + 1 trofi Best team award
LMGK2 2 hours (3 driver per team)
1st x 3 org
2nd x 3 org
3rd x 3org
LMGK4 2 hours ( 4 driver per team)
Pro-AM
1st x 4 org
2nd x 4 org
3rd x 4 org
AM
1st x 4 orang
2nd x 4 orang
3rd x 4 orang
GK3 2 Hours (6 driver per team)
PLATINUM
1st x 6 org
2nd x 6 org
3rd x 6 org
GOLD
1st x 3-6 org
2nd x 3-6 org
3rd x 3-6 org
SILVER
1st x 3-6 org
2nd x 3-6 org
BRONZE
1st x 3-6 org
2nd x 3-6 org
3rd x 3-6 org
Special award:
Best team (team paling slow)
X 6 org satu team
SPORTING REGULATIONS
FORMAT ENDURANCE:
Pemilihan Team
Pemilihan Team adalah bebas, kita akan buka nama team dalam group wasap track community. Anda bebas memilih pemandu team anda atau nak masuk mana-mana team.
Pakaian:
Helmet (kalau ada sendiri bawa helmet sendiri. Helmet motor fullface/open face)
Helmet dipinjam dari Horizon Beranang Circuit memerlukan anda memakai Balaclava. Balaclava akan dibekalkan oleh organizer.
Sarung tangan: Optional, akan dibekalkan oleh organizer
Baju,seluar panjang(digalakkan) dan kasut. pastikan kasut yang sesuai.
Elakkan selendang/tudung yang berjela panjang.
Penukaran Pemandu:
Strategi team adalah bebas. Seorang pemandu nak drive 20mnt setiap stint, atau 10minit, atau terpulang pada keputusan pasukan masing-masing tetapi wajib masuk ke pit setiap kali pit window dibuka.
Sesi Kelayakan
Sesi Kelayakan adalah 15minit. anda boleh memilih untuk 1 orang pemandu, 2 orang pemandu atau tiga pemandu memandu sesi kelayakan. cadangan, setiap orang memandu selama 5 minit. atau 4 lap (2 cold lap 2 hot lap).
pada Jam 6.45pm semua peserta dikehendaki berkumpul di kawasan go kart di depan kaunter pendaftaran. Sesi fitting kaki setiap go kart untuk setiap driver. Sila tanda fitting anda jika perlu.
Penukaran Go kart:
Penukaran go kart boleh berlaku sekali sahaja untuk satu team bergantung kepada kekosongan go kart yang ada. Penukaran boleh dilakukan sewaktu sesi kelayakan sahaja. Penukarang go kart sewaktu perlumbaan hanya boleh dilakukan jika dan hanya jika go kart mengalami masalah sewaktu perlumbaan
Starting Grid procedure:
Pada Jam 7.50pm go kart akan disusun di starting grid grid oleh staff HBC mengikut kedudukan semasa sesi kelayakan. Setiap team boleh membawa pit board masing-masing dan bergambar bersama team di starting grid. Tepat Jam 8.17pm semua dikehendaki mengosongkan starting grid dan pemandu bersedia untuk memulakan perlumbaan.
Penyediakan PIT WALL board
Setiap Team hendaklah menyediakan PIT WALL Board sendiri mengikut kreativiti sendiri atau boleh membayar kepada pihak penganjur untuk menyediakan untuk anda.
Pengisian Minyak (refueling)
Stesen pengisian minyak akan berlaku di ruang pengisian minyak di pit. Pengisian minyak akan berlaku pada pit window 59″ 69″ dan 79″. Peserta yang tidak memandu perlu membantu pemandu ke tempat pengisian minyak. Penukaran pemandu boleh dibuat di tempat pengisian minyak selepas minyak diisi.
PIT WINDOW
Pit window akan dibuka pada minit berikut selepas perlumbaan bermula:
9”
19”
29”
39”
49”
59″
69′
79′
89″
99′
109″
Pit window akan dibuka 4 minit. Jadi dari minit tersebut driver bebas pilih nak masuk bila. Tentukan waktu pit window anda dan rancang dgn team lepas pit window dibuka berapa lap lepas pit dibuka nak masuk.
Contoh bila pit window dibuka ke minit 9, 1 lap lepas minit ke 8 tu dah 10mnt lebih dlm litar. (Average 1mnt 10saat satu pusngan)
Tentukan nak masuk 1 lap selepas pit window dibuka, atau 2 lap selepas pit window dibuka atau 3 lap
Ini adalah utk elakkan kesesakan dlm pit.
Rancang dgn team anda semua. Strategi yg baik akan membawa anda kehadapan.
Pit window dibuka krew akan angkat board “PIT WINDOW OPEN” waktu tu driver boleh decide bila nak masuk
Perlumbaan tamat selepas 1 jam + 1 last lap
Blue Flag:
Jika bendera biru dikibarkan pada anda, bermakna pemandu di belakang anda telah membuat satu pusingan lebih dari anda dan anda diminta memberi laluan pada mereka.
Yellow Flag:
Sewaktu yellow flag dikibarkan, “overtaking” atau memotong adalah dilarang. Semua pemandu hendaklah memperlahankan go kart masing-masing dan tidak memotong pemandu di hadapan melainkan pemandu berkenaan mempunyai masalah teknikal dan berhenti di tepi. Pemandu yang mempunyai masalah teknikal sewaktu yellow flag hendaklah berhenti di tepi secepat mungkin dan mengangkat tangan untuk memberi isyarat go kart anda mempunyai masalah teknikal dan meminta bantuan marshal. Sebarang overtaking dibuat semasa yellow flag akan dikenakan 5 saat penalti
Red Flag
Jika berlakunya situasi Red Flag, semua pemandu diminta masuk ke pit secara berhati-hati. Perlahankan kenderaan dan masuk ke pit dengan segera. Go kart anda akan disusun mengikut posisi anda. Di hadapan adalah posisi pasukan yang paling hadapan dan begitulah seterusnya. Bila litar dibuka semula, anda boleh keluar dari pit dan meneruskan perlumbaan
Penalti:
Terdapat 2 jenis penalti akan dikenakan. Stop and go dan tambahan masa.
Penalti Stop and Go:
Selepas Pit stop, anda akan ditahan krew selama 5 saat dan baru dilepaskan.
Penalti tambahan masa:
Masa keseluruhan anda akan ditambah penalti setelah habis perlumbaan.
Penalti
1. Pelanggaran secara sengaja (divebomb) (5 saat)
2. Keempat-empat tayar melepasi Batas litar lebih 3 kali (5 saat)
3. Melintas garisan putih waktu keluar pit (5 saat)
4. Memandu laju dalam pit ( 5 saat)
5. Tidak memasuki pit sewaktu pit window (15 saat)
6. Tidak mengikat helmet waktu keluar pit ( 5 saat)
Tarikh event: 7 Mac 2026
Iteneri:







